Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ulama terkenal dari wilayah Parachinar, Hujjatul Islam Muhammad Nawaz Irfani telah diserang pengganas dua hari lalu di Karachi.
Serangan terjadi tepat pukul 9:30 malam, waktu Pakistan, 26 November, di mana pengganas melepaskan tembakan tepat pada dada dan kepala beliau.
Nawaz merupakan salah seorang anggota Majlis E Wahdat Muslimin Pakistan dan pengetua sebuah sekolah di Parachinar.
Hingga kini belum ada kumpulan pengganas yang mengaku bertanggung jawab terhadap insiden ini. Meskipun begitu pengganas Sipah E Sahaba sejak dua tahun kebelakangan ini telah mengadakan program melatih anggotanya untuk membunuh aktivis Syiah.
Upacara perarakan jenazah as-Syahid Allamah Muhammad Nawaz Irfani telah diadakan pagi kelmarin dengan kehadiran ramai pelajar, ulama dan berbagai lapisan masyarakat di Masjid Jami' Imam Sodiq Parachinar.
Setiausaha Agung Majlis E Wahdat Muslimin, Allamah Rajid Abbas Ja'fari telah mengeluarkan kecaman terhadap serangan ini dan meminta kerajaan Pakistan menahan dalangnya dalam masa 12 jam.
Beliau memberi amaran sekiranya kerajaan tidak mampu menahan dalangnya, anggota pertubuhannya akan mengadakan demonstrasi di Karachi.
Insiden tragik pembunuhan tokoh agama Sunni dan Syiah Pakistan semakin parah sejak akhir-akhir ini.
























...............